Tuesday, January 22, 2013

Tompokan putih didalam mulut bayi.Adakah berbahaya?

Apakah ia?

Seriawan merupakan jangkitan kulat pada mulut bayi yang boleh merebak pada buah dada anda dan menyebabkan puting anda terasa sakit dan gatal. Ia juga dikenali sebagai jangkitan yis. Tanda-tanda seriawan termasuk:




Pada ibu-ibu:
puting yang merekah;
• sakit yang amat tajam dan mencucuk pada buah dada semasa atau selepas penyusuan;
• puting yang gatal, merah atau pedih;
• seriawan vagina.

Pada bayi:
• tompok putih di dalam mulut yang sukar untuk dihilangkan;
ruam lampin.

Apakah puncanya?

Yang menyebabkan seriawan ialah kulat Candida albicans. Setiap orang mempunyai kulat ini dalam badan – ia adalah sebahagian normal sistem pencernaan dan selalunya terkawal oleh bakteria. Walau bagaimanapun, kadang-kala kulat ini berjaya membiak dan merebak, dan ini boleh menyebabkan jangkitan. Menyusu boleh menyediakan suatu persekitaran yang sempurna untuk seriawan – ia membiak dalam persekitaran yang panas, lembap dan bergula, iaitu keadaan yang terdapat di mulut bayi anda semasa menyusu.

Memakan makanan bergula, mengambil antibiotik, tidak berehat secukupnya, tekanan, alergi dan kecederaan pada puting akibat posisi kurang betul adalah perkara-perkara yang boleh menyebabkan jangkitan. 



Apa yang perlu saya lakukan?

Seriawan ialah satu keadaan yang tidak sesuai untuk dirawat dengan sendiri. Jika anda merasakan anda mempunyai seriawan, hubungilah doktor keluarga anda untuk diagnosis dan rawatan. Doktor mungkin akan mempreskripsikan ubat antikulat. Seriawan boleh dialami untuk beberapa minggu sebelum sembuh dan anda bersama bayi anda perlu dirawat serentak.

Buat masa ini:
• Basuh semua alat-alat mainan, puting dan semua bahagian pam buah dada dalam air mendidih selepas setiap kali digunakan untuk mengelakkan jangkitan semula pada diri anda dan bayi anda.
• Atas sebab yang sama, basuh tangan anda dengan kerap, terutamanya selepas penyusuan.
• Anda mungkin mahu menambahkan laktobasilus asidofilus (terdapat dalam bentuk pil atau yogurt asidofilus) dalam diet anda untuk mengisi semula sistem pencernaan anda dengan bakteria berguna yang mengawal seriawan.
• Pastikan puting anda dalam keadaan yang kering sebab seriawan membiak dalam keadaan lembap.
• Gunakan hanya air kosong untuk membasuh puting anda.

Untuk melegakan sakit pada buah dada, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol sehingga kesakitan itu hilang dan rawatan anda mula berfungsi. Sentiasa dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan ubat-ubatan.

Adakah ia akan menjejaskan bayi saya?

Jika anda mempunyai jangkitan kulat atau Candida pada puting anda, ada kemungkinan besar bayi anda juga akan dijangkiti walaupun anda tidak nampak sebarang tompok putih. Bayi anda juga memerlukan rawatan seperti anda – pada masa yang sama juga; jika tidak, jangkitan akan berpindah-pindah.

Seorang bayi yang mempunyai seriawan akan meragam semasa penyusuan atau tidak mahu menyusu sebab kesakitan mulut. Namun, ada juga bayi yang tidak menghiraukannya.

Adakah saya masih boleh menyusukan?

Ya. Seriawan tidak harus menjejaskan keupayaan anda untuk menyusukan bayi anda dan anda boleh terus menyusukan sepanjang rawatan anda.



******************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...